Kincir angin

Kincir angin adalah sebuah mesin yang digerakkan oleh tenaga angin untuk menumbuk biji-bijian. Kincir angin juga digunakan untuk menimba air bagi mengairi sawah. Kincir angin moden adalah mesin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik, disebut juga dengan turbin angin. Turbin angin kebanyakan ditemui di Eropah dan Amerika Utara.
Kincir angin berpaksi tegak

Kincir angin praktik yang pertama ialah kincir angin berpaksi tegak yang direka di timur Parsi seperti yang dicatatkan oleh ahli geografi Parsi Estakhri pada kurun ke-9. Kesahihan satu anekdot yang lebih awal mengenai kincir angin melibatkan khalifah kedua Umar (AD 634–644) masih dipersoalkan berdasarkan pindaan kurun ke-10. Dibuat daripada enam hingga 12 layar yang dilputi anyaman mensiang atau kain, kincir angin ini digunakan untuk mengisar jagung atau mengepam air, dan cukup berbeza dengan versi-versi Eropah yang terkemudian. Kincir-kincir angin ini digunakan secara meluas di seluruh pelosok Khilafah pada kurun ke-9 dan tersebar ke Eropah melalui Sepanyol Islam. Jenis yang serupa bagi kincir angin bertangkai tegak dengan bilah-bilah segi empat tepat yang digunakan untuk tujuan pengairan, juga dapat ditemui di China pada kurun ke-13 (semasa pemerintahan Dinasti Jurchen Jin di utara) dan diperkenalkan oleh pengembaraan Yelü Chucai ke Turkestan pada tahun 1219


Kincir angin tetap

Kincir angin tetap yang diarahkan pada angin yang lazim bertiup contohnya digunakan besar-besaran di pulau-pulau Cyclades di Yunani. Penjimatan kuasa dan pengangkutan menggalakkan penggunaan kincir-kincir 'luar pesisir' ini bagi tujuan pengisaran bijirin yang diangkut daripada tanah besar dan tepung sebagai hasilnya. Sepersepuluh daripada perkongsian tepung ini dibayar kepada pihak pengisar sebagai upah. Jenis ini menaikkan layar-layar tiga segi apabila ia beroperasi.

Kincir angin yang menghadap angin

Di barat laut Eropah, kincir angin berpaksi mengufuk atau menegak wujud sejak suku terakhir kurun ke-12 di segitiga utara Perancis, timur England dan Flanders. Joseph Needham menyatakan bahawa rujukan terawal yang diketahui datang pada tahun 1191 oleh Dean Herbert dari Anglia Timur yang kononnya bersaing dengan kincir angin biara di Bury St Edmunds. Kincir-kincir terawal ini digunakan untuk mengisar bijirin. Bukti yang wujud kini ialah bahawa jenis terawal adalah kincir tiang yang dinamakan begitu kerana wujudnya tiang tegak besar yang menyeimbangkan struktur utama kincir. Dengan menaikkan badan sebegini, kincir dapat berputar untuk menghadap (pelbagai) arah angin; syarat yang perlu bagi kincir angin untuk beroperasi secara ekonomi di barat laut Eropah yang arah angin di situ berubah-ubah.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a8/Fourteenth_century_windmill.png/220px-Fourteenth_century_windmill.png
Gambaran Zaman Pertengahan bagi sebuah kincir angin
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Campo_de_Criptana_Molinos_de_Viento_1.jpg/220px-Campo_de_Criptana_Molinos_de_Viento_1.jpg
Kincir angin di La Mancha, Sepanyol
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/65/De_Liefde_Windmill%2C_Sakura%2C_Chiba%2C_Japan_-_20060417.jpg/220px-De_Liefde_Windmill%2C_Sakura%2C_Chiba%2C_Japan_-_20060417.jpg
Sebuah menara kincir angin Jepun dikelilingi oleh bunga tulip
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kincir_angin.

Artikel Terkait

No comments:

Post a Comment