Bocah Dikerangkeng Orang Tua dan Memakan Kulit Sendiri !


Kutipan dari blog tetangga . Kisah sedih dan sadis ini saya baca di Daily Mail.

Polis AS menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan OKU yang berusia sekitar 5-6 tahun yang dikurung oleh ibu bapanya di dalam sebuah sangkar. Menurut sumber polis, budak itu dipercayai berada dalam keadaan kelaparan dan sudah dikurung berbulan-bulan lamanya.


Ketika diselamatkan oleh polis Virginia, kanak-kanak yang dipercayai mengalami Sindrom Down itu sedang makan kulit dahinya yang mengelupas. Kes ini dianggap antara kes penderaan yang terburuk pernah dilaporkan di situ.

Selain penemuan mengejutkan itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan ini juga dituduh menanam seorang lagi anak mereka. Atas kelasahan itu, kedua-duanya didakwa atas kesalahan pembunuhan darjah pertama.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Brian and Shannon Gore, didakwa mengunci anak perempuan mereka atas alasan mahu "melindunginya". Menurut pengakuan mereka, kanak-kanak malang itu dilahirkan di rumah tanpa sebarang bantuan medikal. Kanak-kanak itu juga tidak mempunyai sijil kelahiran.

Menurut siasatan lanjut, kanak-kanak itu hanya diberi sekeping atau dua keping Por Tarts sehari. Apabila dikeluarkan dari kurungan, budak itu didapati tidak mampu berjalan.

Artikel Terkait

No comments:

Post a Comment